Haikal, si nephew comel 16 bulan yang panggil semua orang dengan "Bibik!", sangat suka akan iklan terbaru Di.gi Music Telegram itu. Setiap kali iklan muncul, dia jadi senyap, tak bergerak dan tak berkelip memandang skrin tv. Tak tahu sebenarnya apa yang memukaunya sampai begitu sekali; suara Mariah Carey atau mimik muka raungan amoi yang putus cinta atau kartun arnab warna-warni yang menyusur dari lengan ke lengan.
"Macam kau!", kata Kaklong. Cis, mana ada. Aku dah tak meraung dan meroyan sejak 19 Disember lalu. Kalau ada pun, aku menangis senyap-senyap dengan sedu-sedan kecil macam pelakon drama swasta era 90-an.
Sabtu lalu, Ayil tanya, Mummy, how old are you? 27. That's very old, I'm only 8, katanya. Cis. Ya, sayang. Mummy kamu ini dua puluh tahun lebih tua dari kamu. Tapi Mummy ni pendek lah, tengok Amai yang 7 tahun dah nak sama tinggi dengan ketiak Mummy. Bila Mummy nak kahwin?
Aih, banyaknya tanya. Satu jawapan 50 puluh sen, ya. Terus senyap monyet dua ekor tu. Haha.
Boys, bila besar nanti kamu akan tahu hidup bukan senang melainkan kau pewaris trust fund beratus ribu juta. Tiada bantuan apparatus majis dari buku ajaib macam Putera Shazlan. Lelaki takkan boleh jadi hero dan be there setiap masa macam Ultraman Cosmos. Dan perempuan itu lagi kompleks daripada sains roket, alangkan si Jimmy Neutron yang genius pun tak pernah faham si Cindy Vortex. Boys, banyak benda yang kamu perlu pelajari, take one step at a time, faham?
Betul ke faham? Ayil angguk-angguk. Amai tersengih macam kerang busuk. Tak tahu faham ke tidak.
My boys are growing up and I am growing old. Mungkin aku perlu lebihkan vitamin C dalam kehidupan mulai sekarang untuk kekalkan awet muda dan elak kedutan.


No comments:
Post a Comment